Thursday, January 11, 2007
@7:47 PM
Terkedu aku pada sapaan memori lalu
mula menerjah di ruang fikiranku
bayangan dosa silam mengusik hati
tanpa sempatku bendungi lagi
Sering tertanya
adakah derita tiada hujungnya
apakah airmata tiada ertinya
mengapa harus aku terleka
dan jua alpa
bahawa dunia sementara cuma
Sekian lama aku meniti bara
bara dunia
mencari segenggam rahmat
sinaran iman
di celah tadahan doa
jua amalan diri
agar hidup matiku hanyalah utkMU
Terima kasih Tuhan
maha pengasih
di atas rahmatmu kau limpahkan
bagaimana harus aku untuk membalasnya
tanda cintaku kepadaMu
Kau Kekasih hati
Sekian lama aku meniti bara
bara dunia
mencari segenggam rahmat
sinaran iman
di celah tadahan doa
jua amalan diri
agar hidup matiku hanyalah utkMU
Moga ku temui sinaran suci
di sebalik onak duri tidak akan meninggal
Biar pun luka
masih berbisa
darah mengalir pekat
owh selamanya
akan ku capainya jua
Terimalah aku Tuhan
ku lemah tiada berdaya
selaut kasihMu akan ku tadah
biarpun diriku terasa hina
Engkau yang Maha Pengasih
Engkau yang Maha Penyayang
hamba datang mohon pertolongan
terimalah dari segala taubat
everything happen with a reason
|