nobody knows who i really am
me
Yaser Ahmad Kamaruddin
14 april
not available (already taken.sorry)
kuliyyah of syaria'
yarmouk university

yash366@yahoo.com

Loves: friends&family, soccer, recreational activities, reading quran
Dislikes: smokers, alcohols, hypocrites

Memoires

February 2006
April 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
April 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
July 2008
August 2008
September 2008

Friends

rajaie
kHer
farhan
jui
ellya
coniey
arena_sports
pwijm
salmywateen
zilzal
dr_jabbar_best
akhtarfiruz
myzaidakhtar
taufekyahya
k.wardah
naim kuat
adam lif
ahnaf XL
bat korea
dol berbulu
sufi bsepah

Links

soccernet
ukhwah.com
barça
krueng.com
ust. zaharuddin
al-ahkam
berita harian
harian metro
malaysiakini
harakah

Talk


Time




Monday, December 11, 2006
@7:48 PM

ADA fenomena enggan berijtihad (mengeluarkan hukum baru) di kalangan ulama silam. Ia adalah rentetan ramai golongan jahil yang mendakwa diri ulama dan berijtihad sesuka hati. Keadaan masyarakat itu menjadikan mereka mengeluarkan kaedah: "Tertutupnya pintu ijtihad". Walhal pintu ijtihad terbuka luas sehingga hari kiamat kepada orang yang mempunyai syarat ijtihad.


# Zikir selepas solat fardu secara berjemaah dan lantang.

Ada dua isu utama untuk diperkatakan di bawah tajuk kecil ini iaitu bentuk zikir, menyebut secara kuat (lantang) dan menyebut secara berjemaah.

Secara umumnya berzikir di dalam masjid ada dua bentuk iaitu zikir yang disebut di dalam sunnah bahawa ia dilakukan selepas solat fardu. Kedua, ialah zikir yang dinyatakan dalam sunnah bahawa ia dilakukan selain waktu solat.

Hadis yang menerangkan zikir yang sunat dilakukan pada setiap kali selepas solat fardu ialah:

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah dari Abu Hurairah daripada Rasulullah bermaksud:

“Sesiapa yang mengucapkan tasbih (subhanallah) setiap tiga kali selepas solat sebanyak 33 kali, dan tahmid (alhamdulillah) sebanyak 33 kali, dan takbir (allahu akbar) sebanyak 33 kali (semuanya 99 kali), kemudian menyebut: La ilaha illallah wahdahula syarikalah Lahulmulku walahulhamdu wahuwa 'ala kulli syai`in qadir, untuk menggenapkannya sebanyak 100 kali, nescaya diampunkan dosa walaupun umpama buih di lautan.

Isu kedua ialah menyebut zikir secara lantang dan berjemaah. Amalan ini dilakukan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas yang berkata: Raf'u al-Saut bilzikr Hina yansarifunnas minalmaktubah kana 'ala 'ahd al-Nabi SAW, yang bermaksud: Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi. (Lihat Fath al-Bari, Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 2, Halaman: 259 dan Syarh Sahih Muslim, Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 4-6, Halaman:234-235)

Pandangan menolak hujah itu, berpegang kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud RA yang mengingkari perlakuan sekumpulan sahabat berkumpul di dalam sebuah masjid untuk berzikir kepada Allah, dan menganggapnya suatu bidaah. Ulama mentafsirkan tindakan Ibn Mas'ud dalam dua keadaan.

Pertama, kerana tidak sampai kepada Ibn Mas'ud hadis yang menyatakan keharusan berzikir beramai-ramai. Perkara ini diperakui oleh ulama hadis bahawa tidak semestinya setiap sahabat mengetahui segala hadis. Kedua, bantahan dikira sebagai qaul sahabi (pendapat sahabat) dan tidak boleh bercanggah dengan apa yang pasti daripada Rasulullah.

Al-sunnah dengan nyata membenarkan berzikir dengan lantang secara berjemaah selepas setiap solat fardu jika tidak mengganggu orang bersolat. Perbuatan berzikir tersebut bukan suatu bidaah seperti yang tersalah faham. Bahkan, perbuatan itu berpandukan kepada sunnah yang jelas.

Bagi yang menolak amalan berzikir secara berjemaah selepas setiap solat juga mengemukakan hujah mereka. Antaranya ialah penolakan Imam al-Syafie Rahimahullah terhadap amalan itu. Mereka memetik kata-kata Imam al-Syafie mengenai perkara tersebut. Bagi memperjelaskan persoalan tersebut saya menterjemahkan kata-kata Imam al-Syafie secara keseluruhan dan menghuraikannya. Pembaca boleh menghukum sama ada huraian saya melencong daripada kata-kata Imam kita ini.

# Berkata Imam al-Syafie Rahimahullah: Bab perkataan Imam dan duduknya selepas salam. Al-Rabi' mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: al-Syafie mengkhabarkan kepada kami dan berkata: Ibrahim Saad mengkhabarkan kepadaku, dari Ibn Shihab berkata: Hindun al-Harith Abdullah Abi Rabi'ah menyampaikan hadis ini kepadaku, daripada Ummu Salamah isteri Nabi yang berkata: ((Adalah apabila Rasulullah memberi salam selepas solatnya, bangun wanita selepas salamnya, dan duduk Rasulullah di tempatnya sekejap).

Imam Syafie berpendapat bahawa Imam yang berzikir dengan apa yang beliau nyatakan, sama ada secara kuat, mahupun senyap, atau selain daripada cara kedua-duanya, maka ia adalah baik (hasan). Imam al-Syafie menyebutnya sebagai baik (hasan). Namun perkara yang mempunyai sanad (sandaran) daripada sunnah secara nyata adalah lebih baik daripada hasan. Jika diamalkan perbuatan ini pada hari ini di depan mereka yang menolak zikir selepas solat, nescaya Imam itu akan dicap sebagai pembawa bidaah, sesat dan ahli neraka! Inilah bahaya kejahilan terhadap keseluruhan hadis Nabi atau taksub kepada pandangan seseorang.

Pandangan Imam al-Syafie Rahimahullah lagi: Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap".

Imam al-Syafie memilih perkataan 'memilih' untuk mentarjihkan atau menguatkan pandangannya. Itulah cara ulama hadis yang juga imam faqih.

Memilih pandangan sendiri tetapi bukan dengan membidaahkan dan menyesatkan pihak yang tidak bersetuju dengannya khususnya dalam perkara yang masih terbuka untuk ijtihad.

Pandangan Imam al-Nawawi terhadap hadis Ibn 'Abbas:

Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ia dalil terhadap apa yang dipegang oleh sebahagian ulama Salaf iaitu disunatkan meninggikan suara dengan zikir al-takbir (Allahu akbar) dan zikir lain selepas solat fardu. Manakala ulama mutaakhirin yang turut menghukum sunnah ialah Ibn Hazam al-Zahiri.

Imam al-Nawawi menambah lagi: "Katanya: (Mengkhabarkan kepadaku Abu Ma'bad kemudian dia menafikannya) pada menjadikannya hujah (dalil) oleh Muslim dengan hadis ini, adalah bukti bahawa dia (Imam Muslim) berpegang sahihnya hadis (Ibn 'Abbas) ini walaupun dinafikan oleh perawi asalnya, kerana yang merawikannya itu thiqah (diyakini). Ia adalah mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadis, fuqaha atau ulama usul fiqh". (Tamat nukilan daripada kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237). Maksud sama dihuraikan oleh Imam Ibn Hajar al-'Asqalani dalam kitab Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba'd al-Solah, Jilid 2, hal. 260).

Berhati-hati dalam menghukum sesuatu amalan sebagai bidaah.


Oleh Dr Asmadi Mohamed Naim
Penulis ialah Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia

p/s;seperti tanaman juga,hendaklah kita mnyiramn dgn air,membajainye..mjga dari serangan serangga2 perosak dan pelbagai lagi agar tanaman tumbuh dgn baik dan cantik.begitu jugalah dgn agama..ada perkara yg asal ada yg baru utk kita jaga bersama agar islam terus bersinar.khilaf itu hikmah dan carilah hikmah disebaliknya^_^.

everything happen with a reason

|